Dalam kejadian pada pukul 4.15 pagi itu, Mohd Sazarim Mat Nawi, 31 dan isterinya, Malisa Ismail maut di tempat kejadian selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta Proton Waja.

Pemandu Proton Waja berkenaan cedera dan dibawa menjalani rawatan lanjut di Hospital Pasir Mas.

 Timbalan kepada Ketua Polis Daerah Jelebu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, kereta Perodua Kancil dinaiki dua mangsa dalam perjalanan dari Kota Bharu menuju ke Pasir Mas.

Katanya apabila tiba di lokasi kejadian, kereta itu hilang kawalan dan terbabas melanggar kereta Proton Waja.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ) 1987. - UTUSAN ONLINE