AHMAD DUSUKI

Sehubungan itu, Ahmad Dusuki Abd. Rani yang melihat sendiri kemusnahan di kota berkenaan selepas bencana yang mengorbankan ribuan nyawa mengingatkan supaya rak­yat negara ini, khususnya umat Islam agar tidak berasa terlalu selesa sehingga alpa de­ngan duniawi.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Sela­ngor berpandangan, kemusnahan kota berkenaan bukan berlaku secara tiba-tiba, sebaliknya telah diberikan ‘peringatan’ terlebih dahulu.

“Mereka (penduduk) hidupkan kembali ritual pesta pemujaan dengan merodok kambing, lembu dan dicampak ke laut pada 2016. Berlaku hujan lebat sebagai ‘iktibar’ tetapi mereka tidak ambil.

“Pada 2017, mereka buat lagi ritual sama dan ribut kencang serta petir sambar-menyambar berlaku, tetapi tidak diambil iktibar. Tahun ini, mereka ­ulang dan berlakulah bencana,” katanya menerusi rakaman ce­ramah di Masjid Negeri Shah Alam, Selangor, kelmarin.

Menceritakan suasana di beberapa kawasan di Palu, Ahmad Dusuki menyifatkan kota itu musnah teruk akibat tiga bentuk bencana yang berlaku iaitu gempa bumi, tsunami dan lumpur.

Beliau juga ketika itu masih terdengar suara mangsa yang tertimbus memanggil-manggil di bawah runtuhan bangunan, namun tiada apa dapat dilakukan kerana kekangan jentera untuk mengangkat blok-blok binaan.

“Yang hairannya ada kawasan runtuh musnah, ada yang tidak. Ada sebuah pasar raya runtuh, tetapi rumah kedai di sebelah­nya dalam keadaan baik.

“Di sebuah perkampungan Balaroa, habis musnah, bangunan runtuh, tanahnya seperti dikisar, banyak nyawa terkorban tetapi kawasan sebelahnya tidak terkesan, rekahan pun tiada,” jelas beliau.

Situasi itu ujar Ahmad Dusuki sebagai peringatan daripada Allah kepada manusia bahawa kalau terus melakukan sesuatu ditegah, dalam sekelip mata sahaja segala kenikmatan dikecapi boleh hilang.