Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, pemandu wanita berusia 19 tahun yang berasal dari Desa Makmur di Kota Tinggi cedera ringan dan kejadian berlaku selepas selesai mengisi minyak.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, selepas mengisi minyak wanita itu dipercayai tertekan pedal minyak lalu terbabas.

"Keretanya meluncur masuk ke dalam kedai serbaneka di stesen minyak terbabit," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE