Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian pukul 3.20 pagi itu, mangsa, Lim Kok Beng, 43, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan.

“Kemalangan dipercayai berpunca daripada mangsa yang memandu kereta jenis Proton Waja bersama seorang wanita telah melanggar lampu isyarat dan dirempuh sebuah lori yang dalam perjalanan ke Pasar Borong Selayang dari arah Cheras.

“Penumpang kereta tersebut serta pemandu lori hanya mengalami cedera ringan dan kita telah menghantar spesimen darah mangsa untuk mengesan sama ada dia berada dalam pengaruh alkohol atau tidak,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah Zulkefly, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE