Dalam kebakaran kira-kira pukul 8.50 pagi itu, walau bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Menurut Jurucakap Bomba dan Penyelamat negeri, operasi berjaya dikawal kira-kira 15 minit kemudian.

Katanya, orang ramai turut membantu memadam kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api jenis debu.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan. Sebanyak 16 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kangar dan Arau terlibat dalam operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Rosnani Abu Seman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE