Mangsa, M. Ashok Kumar, 32, bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh dua orang awam yang berada di tempat kejadian dengan menariknya keluar daripada kenderaan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Riduan Akhyar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.25 pagi dan mengarahkan lima anggota bersama-sama sebuah jentera serta sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi kejadian.

“Kereta tersebut yang datang dari arah Johor Bahru menghala ke persimpangan bertingkat Taman Impian Emas  melanggar pembahagi jalan, terbalik lalu terbakar,” katanya ketika dihubungi.

Mohd. Riduan berkata, ketika pihak bomba tiba di lokasi kejadian, mangsa sudah dikeluarkan daripada kenderaan itu dan dihantarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, operasi memadamkan kebakaran tersebut tamat pada pukul 9.07 pagi. - UTUSAN ONLINE