AJIS UJANG
AJIS UJANG 

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, mangsa, Ajis Ujang, 55, dipercayai maut selepas terjatuh ke dalam parit di tepi sebatang jalan di perkampungan itu semasa menunggang motosikal.

Menurut beliau, mayat mangsa ditemukan oleh salah seorang anaknya dalam keadaan tersembam di dalam parit bersama motosikalnya kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

"Pihak bomba telah mengeluarkan mayatnya dari parit itu. Terdapat sebuah motosikal di dalam parit dan kesan tayar dari tepi kiri jalan menuju ke dalam parit dipercayai kesan motosikal itu yang terbabas," katanya di sini hari ini.

Mohd. Nor Marzukee berkata, pemeriksaan awal polis pada tubuh mangsa mendapati tiada kesan kecederaan berunsur jenayah atau khianat.

Menurut beliau, mayat lelaki Orang Asli itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk bedah siasat, hari ini.

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat kerosakan hati yang teruk dan terdapat nanah di dalam hati yang telah pecah. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. - UTUSAN ONLINE