Timbalan Pengarah (Operasi) Wilayah Maritim Selatan, Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata, setelah empat hari menjalankan operasi tanpa membuahkan hasil, operasi tersebut ditamatkan pada pukul 7 malam semalam. 


“Sejak Khamis lalu, Maritim Malaysia bersama Tentera Laut Diraja Malaysia, Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia melibatkan seramai 50 anggota dan pegawai menjalankan operasi SAR bagi mengesan enam kru kapal tersebut yang merupakan warga Indonesia.


“Operasi yang dilaksanakan selama empat hari bermula 15 Jun lalu meliputi keluasan pencarian hampir 45 batu nautika persegi serta pencarian di sepanjang pantai Pengerang ditamatkan semalam selepas tiada petunjuk berkaitan mangsa yang hilang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Sanifah berkata, operasi tersebut yang turut dibantu negara jiran, iaitu Singapura dan Indonesia bagi mengesan mangsa yang dilaporkan hilang di kawasan perairan masing-masing turut tidak menemukan mangsa. - UTUSAN ONLINE