Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, pihaknya mahu mengurangkan tahap kelajuan aliran air.

"Bila arus sudah berkurang, kita akan terus gerakkan pasukan untuk mencari mangsa di dalam air.

"Jika tiada, baru kita lebarkan pencarian di kawasan lain di lombong ini," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE