Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi di Kilometer 23, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) menghala ke Pelabuhan Klang itu, kereta mangsa terbakar lebih 80 peratus.

Ketua Balai Bomba Taman Sri Andalas, A. Romzi Abu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.05 pagi sebelum lima anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

"Sejurus tiba di lokasi, api sedang marak membakar kenderaan tersebut di bahagian hadapan selain pasukan peronda lebuh raya turut berada di lokasi kejadian untuk mengawal lalu lintas.

"Anggota bomba kemudiannya bertindak memadamkan api dengan menggunakan satu aliran air paip dari jentera bomba," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, kejadian tersebut telah mengakibatkan lebuh raya berkenaan sesak lebih dua kilometer.-UTUSAN ONLINE