Menurut kakak ipar mangsa, Suriani Abdur Rahman, 49, bagaimanapun pautan itu terlerai menyebabkan ibu kepada dua cahaya mata itu gagal menyelamatkan diri.

“Saya sempat bercakap dengan suaminya yang terselamat dalam tregedi yang menyayat hati ini.  Dia memberitahu, isterinya sempat memaut tangannnya tetapi gagal naik ke tebing," kata Suriani yang ditemui di Unit Forensik, Hospital Sungai Buloh di sini, hari ini.

Menurut Suriani lagi, allahyarham adiknya itu memang gemar mengikut suami pergi memancing dan kejadian ini memang tidak disangka menimpa mangsa.

Mayat Silawati ditemukan kira-kira lapan kilometer dari lokasi kejadian pada pukul 12.30 tengah hari tadi. - UTUSAN ONLINE