Demikian luahan Amiel Asy­raaf Abd. Rashid, 11, salah seorang pelajar yang terkorban dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini hari ini.

Luahan itu ditulisnya dalam surat yang diberikan semalam kepada ibunya, Norhayati Kha­lid, 42, yang tidak menyang­ka itu merupakan pertemuan mereka yang terakhir.

Norhayati memberitahu, Amiel Asyraaf baru tiga bulan memulakan pembelajaran di pusat tahfiz tersebut dan semalam dia datang melawat dengan membawa roti serta biskut seperti yang diminta anaknya.

“Saya datang pada pukul 5.30 petang dan bawa dia du­duk di taman berhampi­ran sebelum membawanya ke kedai makan dan dia me­mesan makanan kegemarannya iaitu nasi goreng Pattaya dan teh O ais.

“Selepas itu dia serahkan se­pucuk surat pada saya dan pe­san jangan baca dahulu kerana dia malu,” katanya dengan nada sebak ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Ujar Norhayati, dalam surat tersebut anaknya memohon maaf andai ada salah silap dan memberitahu bahawa dia seronok belajar di pusat tahfiz kera­na niatnya hendak tolong emak dan ayahnya masuk syurga.

“Dia tulis juga yang dia sa­yang­kan saya dan ayahnya dan berterima kasih kerana men­jaga­nya selama ini,” katanya.

Mengulas lanjut apa yang sering dikatakan oleh Amiel Asyraaf ketika bertemu, Norhayati memberitahu, anaknya bercita-cita hendak jadi seorang hafiz dan setiap kali berjumpa dia akan mencerita­kan tentang aktivitinya di tahfiz termasuk surah yang telah dihafalnya.

“Namun, saya reda apa yang menimpa ter­­hadap keluarga ka­­mi. Kami kehila-ngan anak yang baik. Semua ini adalah takdir Al­lah,” katanya.