Mayat Hawanah Mohamad, 76, ditemukan oleh penduduk kampung yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat bersama bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pada pukul 2.50 petang tadi.

Jurucakap bomba berkata, wanita warga emas itu keluar memancing ikan di hulu Sungai Selaie Jemoreng pada pukul 7.30.pagi.

“Rakannya kemudian menyedari mangsa terjatuh ke dalam sungai pada pukul 8 pagi lalu melaporkan kejadian itu kepada penduduk kampung dan polis.

“Operasi mencari mangsa segera dijalankan oleh penduduk kampung bersama bomba dan APM sebaik sahaja menerima laporan tentang kehilangan mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat dihentikan sebaik sahaja mayat mangsa ditemukan penduduk kampung.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE