Mangsa, Rokiah Midon, 93, dan cucunya, Mohd. Khairuddin Mat Raji, 39, yang memandu kereta Proton Iswara meninggal dunia di lokasi kejadian dalam kemalangan kira-kira pukul 5.19 petang itu.

Nahas turut menyebabkan anak Mohd. Khairuddin, Ahmad Qayyim Mohd. Khairuddin, 5; Ibrahim Md. Yunos, 64, Addenan Md. Lajis, 57 dan Mohd. Ariff Addenan, 16, mengalami kecederaan.

Ibrahim memandu kereta Proton Saga manakala Addenan memandu kereta Perodua Alza yang turut dinaiki oleh Mohd. Ariff.

Siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu Mohd. Khairuddin dari arah Manchis ke Simpang Pertang dipercayai terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Proton Saga dan Perodua Alza.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Othman Basri mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE