Dalam kejadian pukul 8.30 itu,Rimbat Jusoh, 75, sempat membawa keluarnya cucunya yang berusia 1 dan 4 tahun dalam keadaan api sedang marak.

“Mak cik sedang menidurkan cucu yang kecil di ruang tamu, apabila melihat bara api dari bumbung jatuh ke atas tilam yang diletakkan di bawah buai,”ujarnya.

Dia kemudiannya terus mengangkat cucunya itu dan tiba-tiba dia terdengar tangisab seorang lagi cucu di dapur kerana ketakutan melihat api, lalu menariknya keluar dari rumah.

Rimbat memberitahu, dalam masa 15 minit rumah tersebut hangus sepenuhnya, dan mereka sekeluarga tinggal sehelai sepinggang.

Sementara itu anak lelakinya, Ahmad Anuar Hasin, 30 , berkata, ketika kejadian dia sedang bekerja di ladang kelapa sawit dan dimaklumkan oleh jirannya mengenai kejadian tersebut.

Sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh dan Kijal bersama kekuatan dua jentera berjaya mengawal dan memadamkan api dalam tempoh 35 minit. - UTUSAN ONLINE