Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, mangsa berusia 80 tahun yang belum dikenal pasti identiti lengkapnya dipercayai terperangkap dalam kebakaran itu akibat sakit tua.

“Pada pukul 12.17 tengah hari, pihak bomba menerima panggilan mengenai kebakaran membabitkan RH Lambang yang mempunyai 38 pintu.

“Sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor diketuai Zulcarnain Mohammad Mahad yang tiba di tempat kejadian pasa pukul 12.55 tengah hari mendapati api sedang marak membakar rumah panjang berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, petang ini.

Beliau berkata, usaha menyelamatkan rumah penghuni di situ, bagaimanapun sukar kerana api begitu pantas memusnahkan kediaman jenis kayu itu.

Katanya, kesemua penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman berkenaan musnah sepenuhnya. - UTUSAN ONLINE