Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, mangsa, Muhammad Naim Hassan, 21, yang tinggal di Taman Kota Nelayan di sini keluar menangkap ikan pada pukul 6.45 pagi Ahad lalu, sebelum jatuh dari bot kira-kira pukul 11 pagi.

Menurutnya, rakan mangsa, Mohd. Nazir Sawai, 21, yang tinggal di Taman Kota Nelayan pula berjaya menyelamatkan diri sebelum dibantu oleh nelayan-nelayan lain yang berada di perairan tersebut.

Mayat Muhammad Naim telah dibawa ke jeti feri Kuala Kedah untuk diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat,katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini petang ini.

Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat mangsa disertai 26 anggota dan pegawai bomba, polis (enam anggota), Maritim Malaysia (lima anggota) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (10 anggota). - UTUSAN ONLINE