Difahamkan bot mangsa, Mohd. Hafiz Abu Hassan, 36, dari Kuala Sala ditemukan oleh sekumpulan nelayan yang melalui kawasan itu pada pukul 4.30 petang.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pangkalan Kuala Kedah, Leftenan Komander Maritim Ahmad Kamal Mohd. Noor berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan pada pukul 4.55 petang.

"Bot Maritim Malaysia, Kilat 7 diatur gerak ke lokasi kejadian bagi mengesan mangsa.

"SAR ditangguhkan pada pukul 7.30 malam dan akan disambung semula 7 pagi esok," katanya di sini hari ini.

Katanya, bot mangsa dibawa ke jeti Kuala Kedah dan bilik gerakan akan dibuka di jeti Kuala Sala pagi esok. - UTUSAN ONLINE