DR. IRMOHIZAM IBRAHIM

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim (gambar) berkata, Kumpulan Keselamatan Nelayan (Kukenal) di empat lokasi di Johor iaitu Pengerang, Sedili, Mersing dan Endau juga dimaklumkan me­ngenai perkara tersebut.

“Mereka diminta berada da­lam keadaan bersedia sekiranya diperlukan untuk membantu pi­hak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan agensi yang menyelaras operasi SAR tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menggalakkan nelayan memuat naik aplikasi Keselamatan, Kesedaran dan Ko­mu­niti Maritim (K3M) TLDM di telefon bimbit ma­sing-masing bagi memastikan penyampaian maklumat di­salurkan dengan mudah dan pantas.

Dalam kejadian 5.40 pagi di perairan Teluk Ramunia, Kota Tinggi, kapal pemusnah USS John S McCain berlanggar dengan kapal dagang Alnic MC yang didaftarkan di Liberia, menyebabkan lima kru USS John S McCain cedera dan 10 lagi jatuh ke laut dan hilang.

Semalam, pasukan SAR me­nemukan satu mayat dalam sektor pencarian namun belum dapat mengenal pasti identi­tinya.

Operasi SAR yang masuk hari ketiga hari ini diteruskan di kawasan pencarian seluas 550 batu nautika di sekitar perairan Teluk Ramunia, berbanding 352 batu nautika semalam. – BERNAMA