Rombongan itu diketuai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed meluangkan menziarahi keluarga Yakob, 68, di kediamannya di Kampung Padang Kijang, di sini.

Rombongan itu kemudiannya menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama penduduk dan menghadiri tahlil untuk mangsa.

Mustapa turut menghulurkan sumbangan kepada Yakob bagi meringankan beban keluarganya.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian yang juga Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Ipoh, Mohd. Bakri Mustapha dan Ketua Wanita UMNO bahagian, Dayang Saniah Awang Hamid.

Tragedi pagi Jumaat lalu mengorbankan dua anak Yakob iaitu Yazul Bahari, 46, dan Yusnina, 38, serta tiga cucunya, Yasmin Nor Aliza Yazul Bahari, 10, Zulfikar Suhaimi, 10, dan Khairuzan Waliyuddin Suhaimi, 5.

Mayat Yazul Bahari, Yusnina, Yasmin Nor Aliza dan Zulfikar ditemukan tidak lama selepas kejadian manakala mayat Khairuzan Waliyuddin dijumpai sehari selepas itu. - UTUSAN ONLINE