NIK ROS AZHAN HAMID
NIK ROS AZHAN HAMID

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Hamid berkata, seorang pemandu berusia 23 tahun turut memiliki tiga rekod kesalahan trafik.

“Dia pernah disaman kerana tidak mematuhi lampu isyarat, tidak memakai tali pinggang keselamatan serta tidak memiliki lesen,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, seorang lagi pemandu yang berusia 37 tahun pula tidak memiliki rekod lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE