Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Razali Ibrahim bagaimanapun berkata, kesemua saman yang dikeluarkan terhadap pemandu berusia 41 tahun yang kebanyakkannya membabitkan kesalahan pandu laju itu telah pun dijelaskan.

Katanya, siasatan juga mendapati kenderaan syarikat yang dipandu lelaki terbabit mempunyai 11 saman dan hanya tiga saman yang masih belum diselesaikan.

"Pemandu treler yang tidak mengalami sebarang kecederaan itu ditahan di lokasi kejadian semalam dan ujian air kencing telah pun dilakukan terhadapnya.

"Rakaman percakapan lelaki itu telah diambil dan siasatan kes ini dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - UTUSAN ONLINE