Mereka datang untuk proses pengecaman melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebelum membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar.

Tinjauan di pekarangan bilik mayat mendapati, dua keluarga termasuk pemilik kereta jenis Kia Forte berusia 31 tahun hadir kerana mengesyaki ibunya yang berusia 60 tahun merupakan salah seorang mangsa nahas itu.

Turut kelihatan di lokasi tersebut, seorang wanita yang dipercayai ibu kepada dua beranak yang turut terkorban iaitu wanita berusia 37 tahun dan bayi lelakinya berusia setahun.

Proses bedah siasat yang bermula sejak pukul 9 pagi masih lagi dijalankan.-UTUSAN ONLINE