Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liew Cai Tung berkata, pulau terbabit akan ditutup pada pertengahan atau hujung bulan ini.

Bagaimanapun keputusan tersebut bergantung kepada laporan kaji cuaca terlebih dahulu.

"Kebiasaannya semua pulau di daerah Mersing itu ditutup antara pertengahan atau hujung bulan ini, tetapi bergantung kepada keadaan cuaca.

"10 pulau ini dijangka ditutup sehingga Mac tahun depan, namun penutupan pulau di Mersing itu tidak termasuk pulau persendirian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan program Hari Bebas Kereta, Johor Bahru (JB) Bangun dan melancarkan Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita di pekarangan bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE