Dalam kejadian pada pukul 6.40 pagi itu, anak kepada Mohd. Rozaini, Muhammad Saifulbahari, 7, turut parah di kepala dan patah bahu kiri.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md. Asri A. Wahab berkata, kedua-dua mangsa maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan dada.

Katanya, kesemua mangsa yang menaiki motosikal jenis Demak dalam perjalanan menuju ke sekolah di Assam Jawa dan telah
dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti.

"Akibat perlanggaran itu, Mohd. Rozaini dan Muhammad Aryan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan dada.

"Tetapi kita juga kesal kerana hanya
Mohd. Rozaini yang memakai topi keledar manakala dua lagi kanak-kanak itu terbabit tidak dipakaikan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Jelas Md. Asri , kesemua mangsa sudah dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk tindakan lanjut. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN ONLINE