Difahamkan, kehadiran reptilia berbisa berkenaan disedari murid tersebut semasa dia mahu menyimpan buku di dalam laci mejanya itu kira-kira pukul 11.50 pagi.

Tidak diketahui sejak bila ular tersebut 'berehat' di dalam meja murid berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor berkata, menyedari kehadiran ular itu yang menggempar kelasnya, kanak-kanak berkenaan segera membuat laporan kepada pihak guru yang kemudian menelefon bomba untuk meminta bantuan.

“Murid itu tidak sedar kehadiran ular tersebut sejak pagi. Dia bernasib baik tidak dipatuk,” katanya.

Jurucakap itu memberitahu, sepasukan bomba yang tiba kira-kira pukul 12 tengah hari itu berjaya menangkap ular berkenaan. - UTUSAN ONLINE