Presiden MTRK, Azmi Ali berkata, bantuan tersebut bertujuan meringankan beban mangsa musibah berkenaan yang melanda negeri ini selama hampir 10 hari.

 "Walaupun ada rumah penduduk yang tidak ditenggelami banjir, mereka tetap terjejas termasuk tidak dapat keluar bekerja ekoran hujan berterusan sebelum ini. Jadi punca pendapatan mereka telah berkurang.

“Kebanyakkan golongan ini tidak mendapat bantuan,  oleh sebab itu, MTRK bersama TU-E Capital Berhad mengambil inisiatif membantu golongan ini," katanya kepada pemberita pada Program Titian Kasih MTRK dan TU-E Capital Berhad di Pasir Pekan, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Chanselor Aset TU-E Capital Berhad, Datuk Mohamad Zahari Awang. - Paras. - UTUSAN ONLINE