Dalam kejadian kira -kira pukul 7.45 pagi tadi, mangsa dipercayai cuba mengelak motosikalnya daripada sebuah kereta yang membelok ke simpang kiri jalan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan berkata, tindakan itu menyebabkan motosikal berkenaan hilang kawalan dan terbabas ke dalam gaung.

“Siasatan awal mendapati jalan itu merupakan laluan dua hala dan polis akan mengambil keterangan beberapa saksi bagi membantu siasatan.,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, mangsa dibawa ke Hospital Balik Pulau dan berada dalam keadaan stabil. - UTUSAN ONLINE