Ketua Pengarah Jabatan Pe­nerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata, kapal itu memulakan operasi pencarian dengan me­lancarkan kenderaan dalam air automatik (AUV) pertama pada pukul 2.55 pagi semalam waktu Malaysia.

Katanya, ini diikuti dengan pelancaran beberapa AUV lain.

“Operasi mencari pesawat MH370 oleh Ocean Infinity Limi­ted adalah berdasarkan terma No Cure, No Fee iaitu tiada pembayaran dibuat sekiranya tiada kejayaan penemuan dalam 90 hari.

“Misi ini melibatkan sejumlah 65 kru termasuk dua anggota dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai mewakili kerajaan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Azharuddin, pasukan itu akan memberi perkembangan berhubung pencarian kepada ahli keluarga penumpang MH370 menerusi mesej teks dan emel.

“Pasukan juga akan mengemaskini maklumat menerusi laman web rasmi MH370 pada bahagian keluarga di http://mh370.gov.my/index.php/en/,” katanya.