Selebihnya iaitu 200 meter lagi akan dlakukan malam ini dan kerja-kerja pembersihan tersebut akan terus dilakukan 24 jam tanpa henti di sungai tersebut.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin turut meluangkan masa kira-kira 10 minit meninjau kawasan pembuangan bahan toksik tersebut.

Bee Yin yang tiba di lokasi kejadian pukul 7.20 malam memakai kelengkapan pelindungan peribadi (PPE) dengan topeng muka dan but keselamatan meninjau lokasi kejadian bersama-sama kontraktor yang dilantik menjalankan operasi pembersihan.

BEE Yin
BEE Yin 

Beliau memberitahu, kerja pembersihan yang dijalankan sejak semalam diharap berjalan lancar tanpa sebarang gangguan cuaca sepanjang operasi dijalankan.

“Mereka menyasarkan untuk membersihkan sejauh 500 meter dari kawasan pencemaran toksik berlaku pada hari ini. Sehingga 7.30 malam tadi, mereka sudah membersihkan sejauh 300 meter dan baki 200 meter akan dibersihkan pada malam ini.

“Paling kritikal adalah di bahagian hadapan (kawasan pembuangan toksik). Walaupun mereka sudah membersihkannya, namun, masih perlu berhati-hati lagi dan membuat pemeriksaan pada esok hari,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini sebentar tadi.

Disoal mengenai tempoh kerja pembersihan yang dijalankan, Bee Yin berkata, tempoh masa pembersihan selesai sepenuhnya bergantung kepada keadaan serta faktor sampingan.

“Kerajaan negeri menyasarkan sungai Kim Kim boleh diselesaikan dalam masa tujuh hari, saya rasa kita boleh selesai dalam masa diberikan,” katanya.

Beliau berkata, hari ini merupakan hari kedua kerja-kerja pembersihan dijalankan melibatkan agensi-agensi berkaitan. - UTUSAN ONLINE