Dalam kejadian pukul 10.48 pagi itu, mangsa yang mendaki bersama tiga rakannya dikatakan pengsan sebelum rakannya itu menghubungi pasukan penyelamat bagi mendapatkan bantuan.

Menurut jurucakap bomba, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah bersama seorang pembantu perubatan dari Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini yang dihantar ke lokasi kejadian mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia.

Mayat mangsa dalam perjalanan dibawa turun dan dijangka dihantar ke HTAN untuk bedah siasat. - UTUSAN ONLINE