Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa berusia 48 tahun dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Kancil dan maut di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan tersebut berlaku ketika keadaan jalan yang rata namun gelap berikutan tiada lampu.

“Setibanya di tempat kejadian, pemandu wanita berusia 25 tahun itu difahamkan tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa.

“Mangsa terperosok ke bawah kereta dan meninggal dunia ekoran kecederaan parah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Betong untuk bedah siasat.

“Keadaan cuaca ketika kejadian juga baik dan kering.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE