Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mejar Mohd. Hasri sempat hantar ucapan raya kepada NegeriFM

SEREMBAN 15 Jun - Juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Mohd. Hasri Zahari, 31, yang maut petang tadi sempat menghantar ucapan selamat Hari Raya Aidilfitri untuk disiarkan di radio NegeriFM.

Mejar Mohd Hasri Zahari
Mejar Mohd Hasri Zahari

Wartawan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) di Negeri Sembilan, Hanna Adlint Nasatiun Ahmad, 33, berkata, Allahyarham menghantar ucapan itu melalui aplikasi WhatsApp kepadanya pada pukul 8.18 malam semalam.

"Saya mengenali arwah sewaktu membuat liputan Program TUDM Bersama Media pada 25 Jun lalu dan sempat menemuramahnya.

"Sebab itu semalam saya menghubunginya untuk meminta beliau membuat ucapan raya untuk disiarkan di NegeriFM dan dia menghantar rakaman ucapan melalui WhatsApp kepada saya," katanya di sini hari ini.

Allahyarham dan seorang lagi juruterbang, Mejar Yazmi Mohamed Yusof disahkan terkorban selepas pesawat pejuang Hawk 108 hilang di sempadan Terengganu-Pahang petang tadi.

Hanna Adlint Nasatiun berkata, NegeriFM belum menyiarkan ucapan Allahyarham yang berasal dari Jempol.

Katanya, dia cuba menghubungi Allahyarham untuk bertanya lanjut tentang ucapan tersebut pada pukul 3.37 petang ini, tetapi tidak dibalas.

Ucapan Hari Raya Aidilfitri Allahyarham adalah seperti berikut:

"Salam Aidilfitri. Saya Mejar Mohd. Hasri Zahari TUDM, juruterbang pesawat Hawk dari No. 6 Skuadron Pangkalan Udara Labuan ingin mengucapkan selamat Hari Raya kepada pendengar NegeriFM, ahli keluarga, sahabat handai dan seluruh warga TUDM. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin". - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain