Sejak dari pagi ini, persekitaran IPFN Hospital Kuala Lumpur dipenuhi oleh waris keluarga mangsa dan wartawan yang menantikan proses pengecaman dan keputusan ujian Asid deoksiribonukleik (DNA) kesemua 23 mangsa.

Sebanyak 10 buah van jenazah pertama yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah kelihatan di perkarangan IPFN untuk membawa jenazah ke pusat pengkebumian, bagaimanapun pihak pengurusan van itu masih belum mendapat makluman waktu sebenar jenazah akan dibawa keluar dari institut itu.

Bagaimanapun semua akan disolatkan terlebih dahulu di masjid hospital selepas selesai Solat Jumaat. - UTUSAN ONLINE