Mangsa, Baharudin Sidik ditemukan kira-kira pukul 6.45 petang oleh pihak polis selepas dimaklumkan oleh menantu lelaki warga emas itu.

Ketua Polis daerah, Superintenden Hamazah Ab. Razak berkata, kejadian disedari oleh menantunya selepas dia terhidu bau busuk selain pintu rumah tidak dapat dibuka.

"Polis segera ke lokasi kejadian dan memecahkan pintu belakang rumah tersebut.

"Setelah pemeriksaan dilakukan, satu mayat ditemukan dalam keadaan busuk dan reput dan dipercayai telah meninggal dunia antara empat hingga lima hari lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hamazah berkata, siasatan awal menunjukkan tiada unsur jenayah dalam kejadian itu namun siasatan lanjut akan dilakukan. - UTUSAN ONLINE