Mayat Nurul Jannah Zainal, 17, yang beralamat di Kampung Wak Jalal, Sanglang, Ayer Baloi di sini ditemukan dalam keadaan uzur dan pada awalnya tidak dapat dikenali.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mustafa Bakri Salleh berkata, pengecaman mayat kemudian berjaya dilakukan oleh bapa angkat mangsa berdasarkan pakaian yang dipakai.

“Mangsa adalah seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang di pulau buatan perairan Tanjung Piai pada 26 November lalu.

“Pihak polis dimaklumkan penemuan mayat oleh Ketua Pengkalan Nelayan Tanjung Piai pada pukul 10.30 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, mayat kemudian dibawa ke Hospital Daerah Pontian untuk bedah siasat. - UTUSAN ONLINE