Mayat Nor Rahimi Fithri Ismail, 19, ditemukan berhampiran lokasinya mandi pada pukul 2.40 petang.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim negeri, Kepten Maritim Sanifah Yusof berkata, mayat tersebut dibawa ke hospital untuk bedah siasat setelah disahkan oleh keluarga mangsa.

"Ekoran penemuan kedua-dua mayat yang hilang dan lemas pada hari ini, maka kita telah menamatkan operasi SAR pada pukul 2.45 petang," katanya.

Semalam, Nor Rahimi bersama-sama rakannya, Muhammad Norhakimi Rejab, 18, dilaporkan hilang ketika mandi-manda di Pantai Batu Layar.

Mayat pertama iaitu Muhammad Norhakimi ditemukan pukul 5.50 pagi sebelum mayat Nor Rahimi Fithri ditemukan kira-kira lapan jam kemudian. - UTUSAN ONLINE