Timbalan Komander Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Timur, Mohd. Arshad Abdullah berkata, mayat Faizal Mokhtar, 47, ditemukan terapung pada pukul 9.30 pagi di Kampung Pasir Panjang.

“Mayat mangsa ditemukan kira-kira 40 kilometer dari tempat kejadian oleh beberapa nelayan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat, “ katanya di sini hari ini.

Faizal dilaporkan hilang sejak kelmarin selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang ketika memancing berhampiran Kampung Bangau Tanjung di sini.

Bot dinaiki mangsa dipercayai terbalik selepas terlanggar tali empangan pasir menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam sungai. -UTUSAN ONLINE