Ketua Polis daerah, Superintenden Haslah Bachok berkata, mangsa berusia 34 tahun dari Kampung Orang Asli Bari Johol dikatakan hilang sejak Khamis lalu.

Menurut beliau, mayat ditemukan oleh abang iparnya, Nizam Damut, 40, bersama anak lelaki dan anak saudaranya pada pukul 1.10 petang, kira-kira dua kilometer dari jalan besar kampung tersebut.

"Mayat mangsa dijumpai dalam keadaan berulat tergantung pada sebatang pokok. Turut dijumpai berhampiran mayat adalah beg sandang, pakaian, sumpit dan jaket dipercayai milik mangsa.

"Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan mangsa dipercayai meninggal dunia sejak tiga hari lalu," katanya di sini hari ini.

Haslah memaklumkan, mayat dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - UTUSAN ONLINE