Mangsa, Sulaili Hassan, 42, ditemukan oleh pihak polis dan orang awam kira- kira pukul 9.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitenden Dzulkifli Abdul Ghani berkata, mangsa ditemukan di benting pasir berhampiran kawasan Paloh Rawa kira-kira 10 kilometer dari tempat mangsa jatuh.

“Mayat mangsa di bawa naik ke darat melalui pengkalan Pasir Paloh Rawa dan di lbawa ke hospital Machang untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Ahad lalu, akhbar melaporkan mangsa dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika membaiki paip saluran penyedut pasir bersebelahan rumah rakit bersama bapa mertuanya kira-kira pukul 5.30 petang di jeti Temangan,dekat sini. -UTUSAN ONLINE