Menurut anggota penyelamat yang enggan dikenali, mayat yang dipercayai warga Indonesia, Raza Ali terputus pada bahagian paha.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat JBP, Edwin Galan Teruki berkata, sesetengah mangsa ditemukan dalam keadaan dihempap bongkah batu dan tiang besi.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, operasi mencari dan menyelamat dianggap berjaya dan berjalan lancar.

Sementara itu, isteri Raza Ali, Nuraini Rusanti Abdullah, 33, yang menunggu suaminya sejak pagi semalam pitam ketika mayat suaminya dibawa keluar.

Wanita itu yang hamil tiga bulan terpaksa dipapah orang ramai dari kawasan kejadian.-UTUSAN ONLINE