Mayat Mohd. Faizal Yusri, 23, ditemukan pada pukul 10 pagi pada jarak lima meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh.


Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Mohd. Sani Harul berkata, mangsa dijumpai oleh pasukan penyelamat melalui kaedah selaman.


“Berdasarkan maklumat awal, mahasiswa jurusan undang-undang itu tiba di air terjun tersebut bersama tujuh rakan untuk aktiviti perkhemahan pada pukul 11 pagi semalam.


“Kira-kira pukul 11.30 pagi, mereka mandi sebelum empat daripada mereka hampir lemas ekoran arus air deras,” katanya di sini hari ini. UTUSAN ONLINE