Dalam pukul 1.24 petang tadi, mayat mangsa, Mohamad Norrahim Hipni, 29, ditemukan tiga kilometer (km) dari tempat dia terjun iaitu di Pangkalan Haji Mahyan, Lundu.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, operasi mencari dan memyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua, ditamatkan pada pukul 2.20 petang tadi.

“Operasi ini melibatkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu dengan lapan anggota diketuai Chong Bui Chyan.

“Selain itu, agensi-agensi lain  yang turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat ialah polis dengan lima anggota dan pegawai, tujuh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan 10 penduduk kampung,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, lelaki itu dikatakan tiba-tiba terjun ke dalam Sungai Batang Kayan dari Pangkalan Haji Mahyan, Lundu pada kira-kira pukul 2.37 pagi.

Penduduk kampung bersama keluarga mangsa berusaha mencari di lokasi namun gagal menemukan lelaki berkenaan. - UTUSAN ONLINE