Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan tersebut kira-kira pukul 3 petang.

“Sejurus menerima panggilan berkenaan, kita telah mendapatkan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat berhampiran untuk mengeluarkan mayat tersebut.

“Mayat yang masih belum dikenalpasti identitinya itu dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Bak Phai, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga keputusan bedah siasat diperolehi. - UTUSAN ONLINE