Jurucakap bomba berkata, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)  Kuching diketuai Patrick Mawong telah bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mengangkat mayat itu dari sungai setelah menerima laporan pada pukul 10.02 pagi.

Katanya, mayat terapung di sungai belakang kilang Borneo Biskut itu didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

"Pasukan bomba yang tiba di lokasi pada pukul 10.06 pagi telah menjumpai satu mayat lelaki yang tidak dikenali identitinya. 

"Operasi mengangkat mayat dari sungai kemudian dilakukan dan selesai pada pukul 11.48 pagi," katanya ketika dihubungi di sini, petang ini.

Beliau berkata, mayat tersebut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE