Timbalan Komander Operasi Zon Timur Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Arshad Abdullah berkata, mayat Othman Wahid,44, 
ditemukan pasukan bomba dan penyelamat yang melakukan operasi kira-kira pukul 11.06 pagi.


“Mayat mangsa ditemukan terapung dengan lengkap berpakaian di Sungai Pahang berhampiran Kampung Batu Bor Bera.


“Mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE