Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, lelaki yang tidak dapat dikenal pasti identitinya itu ditemukan orang awam sebelum memaklumkan kepada pihak bomba.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.30 pagi dan sebanyak sembilan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mayat dipercayai telah hanyut dibawa arus sehingga ke sungai terbabit. Bagaimanapun, identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemukan.

“Mangsa kini telah diserahkan kepada pihak polis dan dibawa Hospital Serdang untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE