Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Mohd. Taufiq Abd. Sattar berkata, mangsa yang belum diketahui identitinya itu dijumpai orang awam sebelum menghubungi pihak polis.

Katanya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar dihantar ke lokasi kejadian untuk mengangkat mayat lelaki itu.

“Operasi mengangkat mayat yang telah berbau itu ke tebing sungai mengambil masa kira-kira 10 minit. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 12.12 tengah hari,” katanya. -UTUSAN ONLINE