Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Zon Barat, Shahrulnizam Nasir berkata, mayat GK Easwer, 15, ditemukan pada pukul 8.42 pagi oleh anggotanya yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat.


“Mayat mangsa ditemukan pada kedalaman empat meter di dalam sungai berkenaan dan diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.


Semalam, dua beranak dilaporkan ditemukan lemas manakala seorang lagi hilang selepas mandi di Sungai Lipis.


Mayat R. Radevandran, 46, ditemukan pada pukul 4.25 petang semalam diikuti mayat anaknya, R. Revandran, 17, pada pukul 5.06 petang. - UTUSAN ONLINE