Kenyataan media Markas Wi­layah Laut 1, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang hari ini menyatakan pesawat Seahawk milik tentera laut AS, yang menerima mayat itu, berlepas dari KD Lekiu pada 9.48 pagi.

“Pesawat Seahawk mendarat di KD Lekiu pada 8.30 pagi untuk mengenal pasti mayat itu sebelum dibawa ke kapal USS John S. McCain di Pangkalan Tentera Laut Changi, Singapura,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, TLDM akan meneruskan usaha penca­rian bersama-sama agensi maritim dan tentera laut negara lain.

Pada Isnin, kapal pemusnah USS John S. McCain berlanggar dengan kapal dagang Alnic MC yang didaf­tarkan di Liberia, menyebabkan lima kru kapal pemusnah AS itu cedera dan 10 lagi jatuh ke laut dan hilang.

Semalam, KD Handalan me­nemukan satu mayat kira-kira 7.5 batu nautika barat laut dari lokasi perlanggaran semasa menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) kru kapal AS itu. BERNAMA